Rabu, 28 Disember 2016

Kursus Bahasa Jerman Asas


Kursus ini aku ambil semasa aku belajar di peringkat master dalam bidang European Union (EU) di Universiti Sains Malaysia (USM). Guru bahasa Jerman di USM itu cuma seorang sahaja iaitu Puan Mayer. Ia dijalankan dua kali dalam 15 minggu. 

Matlamat kursus ini adalah untuk membolehkan orang dewasa yang baru belajar bahasa Jerman berkomunikasi. Ia berguna di beberapa tempat dan ketika iaitu:
  • pejabat atau tempat bekerja;
  • mengembara atau melancong di negara-negara berbahasa Jerman;
  • berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbahasa Jerman; dan
  • belajar di negara-negara berbahasa Jerman dalam program antarabangsa.
Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai situasi yang boleh didapati di negara-negara berbahasa Jerman serta diberikan peluang untuk membandingkannya dengan pengalaman mereka sendiri. Mengikut tahap A1 Rangkakerja Rujukan Umum Eropah (Common European Reference Framework), pelajar akan diajar untuk berkomunikasi dalam kehidupan harian seperti biasa, memahami teks-teks dan perbualan ringkas serta menulis nota pendek dalam bahasa Jerman.
Tiada hak cipta dicuri kerana aku menyimpan nota sahaja dalam ini supaya aku boleh merujuk kembali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan