Die erste Stunde im Kurs

Dalam kelas pertama biasalah. Kita akan diajar untuk perkenalan diri dan bertegur sapa dahulu. Maksud tajuk di atas itu adalah, "Jam pertama dalam kursus".

Tanpa banyak bunyi lagi silakan simpan nota anda di sini.

Guten Tag. Mein Name ist Pieter. Und wie heißen Sie?
Hallo. Mein Name ist Rudolf. Und wie heißt du?

Kemudian, pelajar akan disuruh untuk menegur rakan-rakan sekeliling mereka. Dalam kelas ketika itu semuanya adalah pelajar ijazah pertama. Aku seorang sahaja pelajar postgrad. Aku rasa sungguh terhina sekali untuk bersembang dengan budak-budak kecil yang tak faham bahasa. 

Klassenaktivitäten

Terdapat juga frasa-frasa yang boleh digunakan semasa aktiviti dalam kelas. Ramai orang Nepal yang bekerja di train pagi-pagi di Putrajaya dan Kuala Lumpur itu semuanya pun belajar bahasa Melayu dengan bersusah payah. Hangpa ingat depa pandai dengan meniru-niru orang bercakap jugakah? Mereka membeli buku nota dan juga menggunakan google translate. Depa diancam akan dihantar balik kalau depa membuat masalah dengan penumpang atau client akibat tak faham bahasa Melayu. Macam mana aku tahu? Sebab aku memang nampak. 

Cubalah rujuk frasa-frasa berikut dan hafal sahajalah kalau malas hendak berfikir banyak-banyak:
  • Ich habe eine Frage! Saya ada soalan! 
  • Ich bin schon fertig! Saya sudah selesai!
  • Hört bitte zu. Sila dengar kepada saya
  • Hör auf! Hentikannya!
  • Super Idee! Schreib das auf! Idea yang hebat! Tuliskannya di sini!
  • Bildet Teams. Bentuk kumpulan.
  • Lest bitte den Text. Tolong baca teks.
  • Spielt bitte den Dialog. Tolong mainkan dialog.
  • Wie heißt das auf Deutsche? Yang itu dipanggil apa dalam bahasa Jerman?
  • Schreib die Sätze ins Heft. Tulis ayat tersebut dalam buku.
  • Wann haben wir Pause? Bila kita akan berehat?